Cerita ini berbentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain..kederhakaannyan kepada seorang ibu!
Cerita si anak....
Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku!
Dia amatmemalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.
Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku!Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”
Ibuku hanya berdiam diri!!!
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…
Aku ingin keluar dari rumah itu…Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.
Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!.Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…
Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal…Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!!
Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu.Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.
Kamu mungkin tidak tahu….
Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu…
Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…
Dengan kasihku kepadamu……" IBUMU
Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul pun)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….
makYang selalu masak makanan kegemaranku….mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur
lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si
mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap
wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen
dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

No comments:
Post a Comment